Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Berkenan adakan Keberangkatan Negara ke Laos pada 3-4 Oktober

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat mengadakan Keberangkatan Negara ke Republik Demokratik Rakyat Laos pada 3 hingga 4 Oktober ini.

Semasa keberangkatan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijangka akan mengadakan perjumpaan-perjumpaan bersama Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Thongloun Sisoulith; Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Sonexay Siphandone; dan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Republik Demokratik Rakyat Laos, Tuan Yang Terutama Xaysomphone Phomvihane.

Sementara itu, Deklarasi Bersama Perkongsian Strategik antara kerajaan Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Demokratik Rakyat Laos juga akan ditandatangani semasa keberangkatan.

Gambar fail KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan bergambar bersama Presiden Republik Demokratik Rakyat Laos, TYT Thongloun Sisoulith pada 25 Oktober 2022 di Istana Nurul Iman.- Gambar oleh Infofoto

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.