Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKTOBER – Ribuan pengunjung hadir berpusu-pusu pada hari pertama penganjuran Pesta Pelancongan Sabre Brunei ke-18 tahun 2023 yang dianjurkan oleh Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd dengan menyaksikan majlis pelancarannya disempurnakan pada pagi kelmarin, bertempat di Onecity Shopping Centre, Sungai Hanching.
Acara dua hari anjuran Sabre Travel Network Brunei dari kelmarin sehingga hari ini (1 Oktober 2023) tersebut menyediakan rakan kongsi pelancongan termasuk syarikat penerbangan, bank, pejabat pelancongan negara, hotel, perkhidmatan insurans, telekomunikasi, pusat perubatan, dan ejen pelancongan dengan platform unik untuk mempromosikan dan mempamerkan produk serta perkhidmatan mereka kepada bakal pengembara.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.