Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Aiman Tino restu isteri jadi pelakon, pengacara

Penyanyi dan pelakon, Aiman Tino tidak menolak sekiranya ada produksi menghulurkan tawaran lakonan ataupun pengacara kepada isterinya, Syarah Haifa.

Aiman atau nama sebenarnya, Muhammad Aiman Yusri berkata, isterinya pernah ditawarkan peluang mengacara dan terbabit dalam drama produksi Indonesia, namun tidak serius.

“Saya okey sahaja. Ada juga pihak yang memberikan Syarah peluang untuk menjadi pengacara.

“Jika ada tawaran datang, terserah kepada Syarah nak terima atau sebaliknya.

“Ada juga mulut-mulut yang mahu ambil Syarah berlakon sebab dia juga selalu ikut saya, jadi orang produksi nampak dia.

Aiman dan Syarah meminati dunia seni, terbuka terima tawaran bersama. – utusan.com.my

“Syarah mempunyai latar belakang dalam bidang seni kerana bekas graduan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Jadi, Syarah ada karakter untuk mengacara dan berlakon.

“Dia juga pernah membintangi drama Indonesia sebab terbabit dalam produksi, jadi tidak kekok dalam bidang seni,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Syarah berkata, dia terbuka kerana mempunyai ilmu dalam bidang seni memandangkan menuntut dalam jurusan Filem dan Televisyen di ASWARA.

“Kalau ada peluang mengapa tidak? Saya juga ada suami yang menyokong.

“Kami sukakan bidang seni, jadi saya tidak akan menolak jika ada tawaran suatu hari nanti.

“Jika ada tawaran berlakon bersama suami pun saya terima. Baru-baru ini, kami ada menjayakan program realiti bersama, tapi tidaklah terlalu mencuba. Kalau ada rezeki, adalah,” katanya. – Agensi