Malaysia
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Jumlah mangsa banjir Kedah turun

Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin menurun dengan 136 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara pagi ini. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir Kedah menurun kepada 408 orang daripada 136 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 437 orang daripada 147 keluarga, malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata semua mangsa itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di daerah Kota Setar.

“Tiga PPS terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman yang menempatkan seramai 274 mangsa daripada 93 keluarga, SK Seri Gunung (91 orang daripada 29 keluarga), dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah (43 mangsa daripada 14 keluarga).

“Air sudah semakin surut dan sekiranya keadaan cuaca kekal baik hari, semua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan.