Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Syarikat didenda buang cecair dalam sungai

Oleh Daniel Lim –

BELAIT, 27 SEPT – Sebuah syarikat pembuat konkrit tempatan telah dikenakan denda oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana melanggar Seksyen 12(1), Bab 30 Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Pindaan) 2021.

Syarikat tersebut didapati membuang cecair ke dalam sungai berhampiran Kawasan Perindustrian Kampung Mulaut, dan diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda.

Kegagalan membayar denda akan menyebabkan kes dibawa ke mahkamah di mana jika didapati bersalah akan didenda antara $2,000 dan $10,000 bagi kesalahan pertama, manakala itu, antara $10,000 dan $30,000 serta penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya, bagi kesalahan berikutnya.

Sehubungan itu, JASTRe mengingatkan orang ramai khususnya syarikat dan pemilik premis komersial supaya menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah di kawasan awam.

Gambar menunjukkan cecair yang dibuang ke sungai. – Gambar serahan JASTRe