Pelakon Han So Hee mendapat perhatian ramai selepas memuat naik foto penampilan baharunya yang bertindik pada bahagian wajahnya.
Susulan daripada itu, baru-baru ini aktres berkenaan dihujani soalan mengenai imej itu ketika membuat sesi siaran langsung Instagram miliknya, lapor mStar.
Kata So Hee, dia tidak pernah bertindik dan akan menanggalkan tindikan itu sekiranya mempunyai komitmen kerja selepas ini.
“Apabila saya perlu bekerja, saya akan menanggalkannya. Saya melakukan perkara ini kerana saya tidak pernah bertindik sebelum ini.
“Namun jika penampilan bertindik ini sesuai untuk karakter projek saya seterusnya, saya akan membuat pertimbangan untuk tidak menanggalkannya.
“Saya dengar sekiranya membiarkan tindik ini terlalu lama, ia akan menjadi parut… tetapi tidak mengapa saya boleh hilangkan parut dengan cara lain,” katanya.
Dalam pada itu, So Hee turut berkongsi perkembangan terbaharunya yang baru selesai menjalani drama Gyeongseong Creature.
Pelakon Nevertheless itu turut memohon maaf kepada peminat sekiranya pertuturannya agak canggung disebabkan oleh tindikan itu. – Agensi