Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Peningkatan pesakit kardiovaskular membimbangkan

Oleh Sim Y. H. 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Penyakit kardiovaskular adalah penyebab kematian kedua tertinggi selepas kanser di Negara Brunei Darussalam.

          Pada 2022 sahaja, sebanyak 669 kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Bagi peratus kematian pra matang iaitu kematian sebelum umur 70 tahun, disebabkan penyakit kardiovaskular, 29 peratus kematian telah dicatatkan pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 3 peratus jika dibandingkan pada 2012.

          Manakala, pada 2022 juga, jumlah individu yang dimasukkan ke hospital dengan didiagnosis penyakit kardiovaskular ialah seramai 1,702 orang.

          “Peningkatan jumlah individu yang menghidap penyakit kardiovaskular dari tahun ke tahun sangat membimbangkan apatah lagi pada dekad kebelakangan ini penyakit tersebut menyerang kumpulan umur yang lebih muda sehingga menyebabkan beban ekonomi dan sosial kepada masyarakat.

          “Isu global ini perlu ditangani dengan lebih awal memandangkan kebanyakan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular boleh dicegah.”

          Penekanan itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam perutusan Sempena Sambutan Hari Jantung Sedunia 2023.

Foto hiasan freepik

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.