Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Pengerusi Qantas tolak gesaan letak jawatan

SYDNEY, 27 SEPT – Pengerusi Qantas, Richard Goyder, hari ini menolak gesaan untuk meletak jawatan berhubung beberapa siri rangkaian penyelewengan kewangan yang telah menjejaskan reputasi syarikat penerbangan Australia tersebut.

Juruterbang dan kumpulan pemegang saham telah menyeru untuk menggantungkan jawatannya kerana harga tiket yang tinggi, pemecatan kakitangan lapangan tanpa kebenaran dan dakwaan bahawa syarikat itu telah menjual ribuan tiket untuk penerbangan yang sudah dibatalkan.

Keadaan yang tidak stabil itu menyebabkan bekas Ketua Eksekutif, Alan Joyce, bersara awal pada 5 September.

Goyder berkata bahawa dia telah bertemu dengan pemegang saham utama dua minggu lalu, selepas Joyce berundur dan selepas tindakan undang-undang diambil berhubung penjualan tiket Qantas yang didakwa ‘palsu, mengelirukan atau menipu’.

Pemegang saham mahu ‘kesinambungan’ kepimpinannya sebagai pengerusi, katanya kepada jawatankuasa Senat di Canberra, terutamanya dengan Ketua Eksekutif baharu, Vanessa Hudson, yang menggantikan Joyce.

“Sambil mengekalkan keyakinan pemegang saham dan lembaga, saya akan terus berkhidmat kerana saya fikir kita mempunyai cabaran yang sangat besar di hadapan dan isu untuk ditangani,” kata Goyder.

“Jika keyakinan itu tidak dikekalkan, maka dengan jelas saya akan menyemak semula keputusan itu.” – AFP

Matt Raos bercakap di Bangunan Parlimen Australia di Canberra hari ini. – AP