Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

MoU perkukuh program keusahawanan 1K1P

Oleh Sim Y. H. 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Program keusahawanan di bawah Satu Kampung Satu Produk (1K1P) terus diperkukuhkan menerusi penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Ghanim International Corporation Sdn Bhd, hari ini.

Majlis penandatanganan berlangsung di Ghanim International Corporation Sdn Bhd, Taman Perindustrian Salambigar di mana hadir untuk menyaksikan penandatanganan MoU berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

          MoU bermatlamat untuk memperkukuhkan program keusahawanan di bawah 1K1P supaya lebih mampan dan seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti serta berimpak tinggi bagi menembusi pasaran yang lebih luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin, Awang Abdul Walid dan Dr Nur Rahman bergambar ramai selepas penandatangan MoU antara KHEDN dan Ghanim, hari ini. – Gambar oleh James Kon