Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

Lelaki Sudan didakwa mudahkan pendatang haram

LONDON, 28 SEPT – Seorang lelaki yang ditahan di UK selepas mayat seorang wanita ditemui di pantai di utara Perancis telah didakwa atas kesalahan imigresen, kata Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA)hari ini.

Howmalow Mawumd-Duop, 21 tahun dari Sudan, akan hadir di mahkamah yang dituduh ‘memudahkan pendatang tanpa izin’, kata satu kenyataan.

Duop telah ditahan di pelabuhan Dover Selat Inggeris pada Selasa lalu, hari yang sama ketika seorang wanita Eritrea ditemui di Bleriot-Plage, berhampiran bandar Calais, Perancis.

NCA berkata wanita itu “dianggap telah mati ketika cuba menyeberangi Selat dengan bot kecil”. – AFP

Gambar Freepik