LONDON, 29 SEPT – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan selepas salah satu pokok yang banyak difoto di Britain ditemui tumbang bersebelahan dengan tapak Warisan Dunia UNESCO, Hadrian’s Wall di timur laut England telah dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.
Pokok Sycamore Gap, yang berdiri lebih 200 tahun di Taman Kebangsaan Northumberland, ditemui tumbang selepas ribut semalam.
Pangkal pokok itu kelihatan diberi tanda cat putih dan kelihatan terpotong rapi, seolah-olah ia ditebang dengan gergaji rantai, kata wartawan AFP di tempat kejadian.
Pihak Polis Northumbria menahan remaja berusia 16 tahun itu yang disyaki melakukan jenayah kerosakan kelmarin.
“Dia kini dibebaskan dengan ikat jamin polis sambil menunggu siasatan lanjut,” kata polis hari ini.
Superintenden, Kevin Waring berkata kelmarin bahawa “peristiwa hari ini menyaksikan kejutan, kesedihan dan kemarahan yang ketara dalam kalangan masyarakat setempat dan seluruh negara.”
“Memandangkan siasatan kami masih di peringkat awal, kami sentiasa berfikiran terbuka,” tambahnya.
Pokok itu sebahagiannya terletak di atas kubu Rom purba, yang membentang sejauh 118 kilometer dari pantai ke pantai.
Di sebalik kekecewaan dan kemarahan yang meluas terhadap penebangan itu, pengurus besar National Trust, Andrew Poad, memberitahu televisyen BBC bahawa pokok itu mungkin boleh diselamatkan. – AFP