Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan kini kembali buat kali ke-23 yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 8 Oktober ini di Kelab Golf Pantai Mentiri.
Kejohanan golf amal tersebut seperti penganjuran sebelumnya bakal menampilkan para pemain golf tempatan yang bersaing bukan sahaja kerana kecintaan mereka terhadap sukan golf tetapi juga bagi menyokong hasrat murni berkebajikan iaitu untuk menambah dana bagi Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan).
Perkara tersebut diumumkan oleh Pemegang Amanah Kanan Pusat Ehsan, Dato Paduka Haji Mohammad Alimin bin Haji Abdul Wahab semasa sidang media di Kelab Golf Pantai Mentiri, hari ini.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.