Brunei Darussalam
This article was added by the user . TheWorldNews is not responsible for the content of the platform.

China terus dominasi Sukan Asia

HANGZHOU, 28 SEPT – China terus mendominasi dengan melepasi pungutan 150 pingat pada hari ke-5 Sukan Asia, lebih daripada dua kali ganda pingat yang dimiliki oleh Korea Selatan yang berada di tempat kedua, ketika negara tuan rumah terus menguasai acara ini selama beberapa dekad.

Kedudukan tuan rumah semakin kukuh dengan pelbagai pingat emas dalam sukan tempatan hari ini apabila atlet China memenangi final wusyu dalam kategori berat lelaki 70kg, 60kg dan 56kg, serta peringkat akhir kategori wanita 60kg dan 52kg.

He Feng, yang meraih pingat emas dalam final 70kg dengan menewaskan bekas pemenang pingat emas Sukan Asia, Mohsen Mohammadseifi dari Iran, mendahului dalam pusingan pertama dan memuji jurulatihnya kerana membantunya menyesuaikan diri.

“Ia terutamanya hasil taktik dan latihan jurulatih,dan yang paling penting adalah mentaliti, yang menentukan kejayaan atau kegagalan,” katanya. “Saya sentiasa memberitahu diri saya supaya tidak berputus asa, ketekunan adalah kunci kemenangan.”

Negara tuan rumah secara tradisi cenderung mendapat lebih banyak pingat, dan He berkata orang ramai juga membantunya terus berusaha.

“Melihat begitu ramai orang yang memberikan sokongan kepada saya, saya rasa saya tidak boleh berputus asa, tidak kira betapa penatnya saya,” katanya.

China telah memenangi hampir 300 pingat 132 emas lima tahun lalu dalam Sukan Asia di Indonesia, dengan Korea Selatan dan Jepun sebagai pesaing utama.

Begitu juga, dua negara itu berada di tempat kedua dan ketiga untuk jumlah pingat keseluruhan pada hari ke-5 tahun ini dengan baki 10 hari lagi.

Sukan Asia menampilkan 12,500 peserta dari 45 negara, lebih 10,500 daripada kira-kira 200 delegasi yang dijangka pada Sukan Olimpik Paris tahun depan. – AP

Pasukan China bergambar dengan pingat emas yang mereka menangi semasa upacara di acara gimnastik artistik berpasukan wanita Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China pada 25 September. – AP