LEIPZIG, 29 SEPT – Apabila Bayern Munich pimpinan Harry Kane bertandang ke RB Leipzig esok, juara Jerman itu akan berusaha membalas dendam dengan segera terhadap pasukan yang telah menewaskan mereka musim ini.
Kemenangan 3-0 Leipzig di Munich dalam Piala Super pada Ogos, dengan jaringan hatrik daripada Dani Olmo, menyurami penampilan sulung Kane dan membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada masalah Bayern yang hampir menyebabkan mereka kehilangan kejuaraan musim lalu akan berterusan.
Tujuh perlawanan kemudian, manakala Bayern masih belum tewas dan Kane menjaringkan lapan gol, pasukan bimbingan Thomas Tuchel nampak goyah apabila berdepan pasukan yang lebih baik.
Bayern memerlukan gol lewat untuk menewaskan Borussia Moenchengladbach yang sering menjadi pasukan pembelasah mereka, dua kali melepaskan kelebihan untuk seri dengan Bayer Leverkusen yang mengagumkan di bawah kendalian Xabi Alonso dan hampir memberikan kemenangan ketika menentang Manchester United selepas melepaskan dua gol lewat Casemiro dalam Liga Juara-Juara.
Leipzig, walaupun mengalami kemelut di luar musim di mana mereka kehilangan empat pemain utama termasuk Dominik Szoboszlai, Konrad Laimer, Josko Gvardiol dan penjaring terbanyak Christopher Nkunku, telah memenangi tujuh daripada lapan perlawanan tahun ini dalam semua pertandingan.
Tambahan baharu oleh Marco Rose telah berjalan dengan lancar, terutamanya Xavi Simons, yang menjaringkan tiga gol dan empat assist dalam lima perlawanan liga.
Leipzig menyertai perlawanan itu de-ngan rentetan kemenangan yang jarang berlaku menentang juara Jerman itu.
Pasukan Saxon telah memenangi dua perlawanan terakhir mereka ketika menentang Bayern, kedua-duanya di tempat lawan, hanya menang sekali dalam 16 pertembungan sebelum ini antara kedua-duanya sejak Leipzig dipromosikan ke Bundesliga pada 2016. – AFP